mutakhir

Adun Pemanis keluar PKR

Oleh Mohamed Farid Noh dan Nurul Amanina Suhaini

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr Chong Fat Full mengumumkan keluar dari PKR hari ini.

Dr Chong, 60, yang menyertai PKR sejak 2009 itu berkata, beliau sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong gabungan baharu yang diterajui Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

“Saya mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Datuk Hasni Mohammad.

“Keputusan ini saya putuskan pagi tadi atas kerelaan sendiri dan ia diambil tanpa sebarang tekanan, paksaan mahu pun ditawarkan apa-apa ganjaran kewangan mahu pun jawatan, “katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar, hari ini.

Hasni turut hadir dalam sidang media itu.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 5:42pm
    d