mutakhir

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat ini - TYT

Oleh Amir Mamat

YANG di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersetuju supaya Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu diadakan pada 6 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan menerusi satu kenyataan media, hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka bersetuju supaya Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.

“TYT turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan,” katanya.

Istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan rasmi mengenai tokoh dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 6:13pm
    d