mutakhir

ADUN PKR Selangor ikrar setia

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

SERAMAI 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor menyatakan sokongan untuk terus setia dengan idealisme perjuangan

di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti.

Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor tetap terus memegang teguh persefahaman

demi kepentingan mengangkat martabat rakyat.

Menurutnya, semua ADUN PKR Selangor tetap memberikan sokongan padu demi mengukuhkan bekerjasama dan memberi perkhidmatan terbaik

kepada rakyat.

“Di saat rakyat diselubungi kekeliruan dan ketidaktentuan, pimpinan PH Selangor memegang teguh persefahaman demi kepentingan mengangkat

martabat rakyat.

“Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor juga menyeru anggota bagi mengukuhkan tekad dan membulatkan muafakat untuk memenuhi mandat

rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR Selangor juga akan terus setia dan bekerjasama dengan rakan dalam PH iaitu DAP dan

AMANAH serta akan terus bekerja kuat bagi memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah PKR (21 kerusi), DAP (16) AMANAH (lapan), BERSATU (lima), BN (lima) dan PAS (satu)

walaupun Bersatu keluar dari kerjasama itu, PH masih mempunyai 45 kerusi.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 6:58pm
    d