mutakhir

Marzuki dilantik Ketua Setiausaha Sulit PM

Oleh Yusmizal Dolah Aling

DATUK Dr Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Marzuki, 46, mempunyai pengalaman berkhidmat dengan Muhyiddin, sejak 2009.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia,

Marzuki memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UIAM, pada 1999.

“Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri antara 2009 dan 2013 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan antara 2013 hingga 2015.

“Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik,” katanya.

Menurutnya, susulan pelantikan Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018.

“Pejabat ini merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 5, 2020 @ 9:23am
    d