mutakhir

Maut sebelum kereta terbakar

Oleh Balqis Jazimah Zahari

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Jalan Besar Jelapang Taman Meru 1, Ipoh awal pagi tadi.

Mangsa, Chai Jun Da, 26, memandu kereta Iswara Aeroback meninggal dunia ditempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan pada jam 4.36 pagi yang memaklumkan berhubung kejadian dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan kenderaan jenis Iswara Aeroback yang terbabas dan terbakar musnah sepenuhnya.

“Terdapat mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah sudah dikeluarkan oleh orang awam, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anggota kemudiannya bertindak menyembur air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

“Keseluruhan operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 5.40 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 12:07pm
d