mutakhir

Parah tertimbus batu

Oleh Nurul Amanina Suhaini

LELAKI warga Bangladesh parah di kepala selepas tertimbus dalam timbunan batu kuari di Jalan Masai Lama, berhampiran Lebuhraya Pasir Gudang, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Sharol Subuh berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan 9.58 pagi tadi, pihaknya menggerakkan 10 anggota bersama sebuah jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Lelaki berusia 38 tahun itu yang juga pemandu jengkaut tertimbus di timbunan batu kuari akibat runtuhan setinggi 60.96 meter ketika membuat kerja di kawasan berhampiran.

“Rawatan terhadap mangsa diberikan dan mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya ketika dihubungi di Pasir Gudang, hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 11.08 pagi.

Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 1:10pm
d