mutakhir

Jatuh dari tingkat empat pasar raya

Oleh Juwan Riduan

WANITA yang ditemui mati berhampiran sebuah bangunan pasar raya di Penampang, 2 Mac lalu, dipercayai terjatuh daripada tingkat empat bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, laporan bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dua hari selepas kejadian mendapati, mangsa maut akibat kecederaan dalaman dan ia mungkin kesan terjatuh daripada tempat tinggi.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan kelibat mangsa terjatuh dipercayai daripada aras berkenaan.

“Selain itu, menurut keterangan keluarga mangsa, seminggu sebelum kejadian, mangsa kelihatan murung selain pernah memberitahu ingin membunuh diri,” katanya ditemui hari ini.

Mohd Haris turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Pada 2 Mac lalu, mayat wanita berusia 33 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring sebelum polis dimaklumkan berkaitan kejadian 7.18 malam.

Berita berkaitan:

  • Mayat wanita terbaring tepi bangunan
  • Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 3:51pm
    d