mutakhir

Suspek bunuh dan simen direman 7 hari [METROTV]

Oleh Zuliaty Zulkiffli

SUSPEK kes bunuh seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam tong air biru sebelum disimen di tepi rumah Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Star, Rashidah Azmi membenarkan tempoh reman bermula hari ini hingga 15 Mac depan terhadap suspek berusia 25 tahun itu.

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, setakat ini punca kematian mangsa dipercayai akibat kesan hirisan pada leher si mati.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Berita berkaitan

Bomba bantu polis kes simen mayat abang [METROTV]

'Mereka selalu bertengkar...' - Adik

Bunuh, simen mayat abang [METROTV]

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 1:14pm
d