mutakhir

Sayang baju pemberian teman wanita

Oleh Zuliaty Zulkiffli

SUSPEK kes bunuh seorang lelaki di tepi rumah Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, dipercayai sayang baju berkolar yang dipakai si mati kerana ia pemberian istimewa teman wanitanya.

Sumber berkata siasatan awal mendapati si mati sering memakai baju itu yang menjadi penyebab berlaku pertengkaran antara mereka.

“Difahamkan selepas kejadian, suspek dikatakan menanggalkan baju yang dipakai si mati dan mencucinya sebelum menggantung di dalam rumah berkenaan kerana terlalu sayangkan baju itu yang dianggap istimewa baginya.

“Bagaimanapun baju itu antara barangan yang dirampas untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi semalam, sebuah tong air biru yang disimen dipercayai mengandungi mayat seorang lelaki berusia 34 tahun yang dibunuh adiknya sendiri ditemui di tepi sebuah rumah Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar.

Berikutan itu, polis menahan adik mangsa yang juga suspek kejadian itu berusia 25 tahun untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Suspek bunuh dan simen direman 7 hari

Bomba bantu polis kes simen mayat abang [METROTV]

'Mereka selalu bertengkar...' - Adik

Bunuh, simen mayat abang [METROTV]

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 1:53pm
d