mutakhir

Tiga geng curi kenderaan tumpas

Oleh Nurul Amanina Suhaini

POLIS menumpaskan tiga geng penjenayah curi kenderaan menerusi Ops Lejang Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini sejak awal Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, semua suspek yangn ditahan terdiri daripada 14 lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia 18 hingga 45 tahun.

Katanya, 10 daripada suspek turut mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Menurutnya, geng yang ditumpaskan itu ialah Geng Lejang Wan Sac (curi motosikal dan curi komponen motosikal), Geng Lejang Piang (curi motosikal) serta Geng Lejang Sasi (curi kereta).

“Jumlah rampasan merangkumi enam kereta iaitu sebuah Proton Wira, Nissan Almera (1), Perodua Alza (1), Perodua Viva (1), Proton Saga (1) dan Perodua Myvi (1).

“Turut dirampas 11 motosikal iaitu Honda (3) dan Yamaha (8) serta empat rangka motosikal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 414 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1) A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan yang dilakukan mendedahkan beberapa rakan suspek yang masih bebas dan polis sedang giat menjejaki mereka.

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 4:31pm
d