mutakhir

" Ini amanah besar" - Hishammuddin Hussein

Oleh Amir Abd Hamid

“SAYA tidak anggap lantikan ini sebagai satu keistimewaan sebaliknya ia satu amanah besar yang perlu saya galas dengan sedaya upaya saya,” kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas Menteri Pertahanan itu dilantik semula sebagai Menteri Luar Negeri dalam kabinet baharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Hishammuddin berkata, beliau menghargai kepercayaan Perdana Menteri yang melantiknya sebagai Menteri Luar Negeri.

“InsyaAllah, kepentingan negara akan terus saya utamakan.

“Saya mohon rakyat beri peluang dan doakan, semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 7:30pm
    d