mutakhir

Ahmad Faizal mengadap Sultan Perak esok

Oleh Balqis Jazimah Zahari

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadualkan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh, esok pagi.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Perak, Zulkefli Abdullah berkata, Ahmad Faizal dijadualkan mengadap pada 10 pagi.

“Sejajar dengan perkembangan situasi politik terkini di negeri ini adalah dimaklumkan bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Azumu dijadualkan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 10 pagi di Istana Kinta esok,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 9:44pm
d