mutakhir

Sulaiman mula tugas sebagai KM Melaka

Oleh Amir Mamat

DATUK Sulaiman Md Ali memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di Melaka, pagi ini.

Beliau tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.25 pagi dan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu itu kemudian dibawa ke aras empat yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri sebelum mendaftar masuk tepat jam 8.35 pagi.

Beliau dijadual menghadiri mesyuarat pertama bersama beberapa agensi berkaitan termasuk Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang sedang dihadapi sebahagian besar rakyat negeri ini. .

Semalam, Sulaiman, 55, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Seri Negeri Ayer Keroh.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri pada 2013-2018.

Disiarkan pada: March 10, 2020 @ 10:06am
d