mutakhir

'Jeffrey, Jonathan harus tukar portfolio'

Oleh Rafiqah Dahali

DUA pemimpin dari Sabah yang dilantik dalam pelantikan kabinet persekutuan harus bertukar portfolio, kata Naib Presiden parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Junz Wong.

Dalam satu kenyataam semalam, beliau mengatakan Jonathan Yassin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri II dan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan seharusnya bertukar portfolio terbabit.

“Jeffrey and Jonathan seharusnya bertukar portfolio. Ini akan memberi peluang kepada Jeffrey untuk menyelesaikan isu mengenai pendatang tanpa izin dan saya tidak sabar untuk melihat idea beliau bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Apabila ditanya berhubung penubuhan Kementerian Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak, Junz berkata ia bukan sesuatu yang bagus.

“Ia bukan satu pembangunan yang baik. Sabah dan Sarawak seharusnya terus berurusan dengan Perdana Menteri bukan dengan melalui kementerian lain.

“Jika sekiranya saya ingin berurusan dengan Dr Ronald mengenai pertanian, kenapa harus melalui kementerian berkenaan? Ia akan menambah lebih banyak kerja.

“Walau bagaimanapun, mari kita lihat apa yang Dr Maximus mampu lakukan untuk membantu Sabah. Tugas pertama beliau sudah tentu mengenai isu 20 peratus royalti minyak and PATI,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemimpin politik Sabah yang dilantik bagi menganggotai barisan kabinet persekutuan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kepada semua pemimpin dari Sabah yang dilantik sebagai menteri penuh dan timbalan menteri dalam kabinet persekutuan di mana pembahagian yang adik untuk Sabah dan Sarawak.

“Pihak saya akan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku Pertanian dan Industri Makanan dan berharap pihaknya akan meletakkan Sabah sebagai keutamaan dalam membangunkan negeri ini.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Disiarkan pada: March 10, 2020 @ 12:34pm
    d