mutakhir

Maut kereta terbabas ke dalam parit

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SEORANG lelaki maut selepas Toyota Vios dipandunya terbabas ke dalam parit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 150, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) malam tadi.

Pemangku Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh Pegawai Bomba Kanan I Hairul Nizam Ridhuan berkata, mangsa, Lee Zhen Fei, 33, maut di lokasi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.08 malam sebelum lapan anggota dikerah ke lokasi.

“Toyota Vios terbabit terbabas ke dalam parit di tepi lebuh raya.

“Kami menggunakan alat khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dihubungi hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat 12.52 malam.

Disiarkan pada: March 10, 2020 @ 3:19pm
d