mutakhir

Guru tahfiz, warden ditahan kes liwat

Oleh Adnan Ibrahim

GURU tahfiz serta warden asrama ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar lelaki sebuah sekolah tahfiz di Batu Pahat yang berusia 14 tahun mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii selain diugut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, guru itu berusia 22 tahun manakala warden pula berumur 23 tahun.

Azhan berkata, laporan dibuat sendiri oleh pelajar berkenaan pada 3.15 petang, 8 Mac lalu dan kedua-dua suspek ditahan 10.30 malam, hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati, aduan dibuat pelajar itu berasas dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) bagi kesalahan liwat dan Seksyen 506KK bagi kesalahan ugutan jenayah.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat untuk kesalahan liwat manakala penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan ugutan jenayah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek direman hingga 15 Mac ini.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila ia siap,” katanya.

Disiarkan pada: March 10, 2020 @ 5:39pm
d