mutakhir

Mayat lelaki terjun jambatan ditemui

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

MAYAT lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Connaught, Klang semalam ditemui lemas pada pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Penguasa Bomba Kanan I Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat menemui mayat lelaki itu pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjun.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.53 pagi semalam susulan kejadian itu.

Katanya, sepasukan 15 anggota bersama jentera dari BBP Kota Raja, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang dan Unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kerja pencarian dilakukan anggota BBP Kota Raja dan Unit PPDA BBP Shah Alam.

“Operasi mencari mangsa terpaksa ditangguhkan pada 6.30 petang semalam sebelum ia bersambung pada pagi hari ini,” katanya.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 12:40pm
d