mutakhir

Hishamuddin sudah beri maklumat - KPN

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) yakin dengan pengalaman Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membantu membawa pulang ahli perniagaan Jho Low bagi membantu siasatan

1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, turut yakin Hishamuddin akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu proses membawa pulang, mengesan, menangkap dan seterusnya mendakwa di mahkamah.

“PDRM mengalu-alukan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Negara kepada 265 penerima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan bantuan yang mahu dihulurkan oleh Hishammuddin sebelum ini akan lebih mudah selepas dilantik kembali sebagai menteri.

Pada Oktober 2018, Hishammuddin memberi tawaran untuk mencari Jho Low bagi menyelesaikan kes 1MDB.

Pada masa sama, Abdul Hamid turut memaklumkan Hishamuddin sudah memberi bantuan dengan menghulurkan maklumat.

“Ya ada (bagi maklumat). Sebagai seorang yang bertanggungjawab, sesiapa pun yang rasa bertanggungjawab boleh berkongsi apa juga maklumat mereka akan tampil membantu PDRM,” katanya.

Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 5:00pm
d