mutakhir

500 ahli PKR Batu Pahat keluar parti [METROTV]

Oleh Mohamed Farid Noh

LEBIH 500 ahli PKR Cabang Batu Pahat termasuk Timbalan Ketua Cabang, Ketua Wanita dan Ketua Angkatan Muda mengumumkan keluar parti berkenaan mulai hari ini.

Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Patrick Pek Hwee Seong berkata, keputusan itu diambil berikutan kekecewaan terhadap keputusan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) mengenepikan ahli bagi mengemudi cabang Batu Pahat.

Katanya, tindakan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh menggambil alih pentadbiran Cabang Batu Pahat dengan restu pimpinan pusat adalah membelakangkan perlembagaan parti.

"Hari ini, saya selaku Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Pahat; Ketua Wanita Cabang Batu Pahat, Elaine So LeeNa dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu Pahat, Lock Chee Yeong serta lebih 500 ahli PKR Cabang Batu Pahat mengumumkan keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN)," katanya dalam sidang media, di sini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang juga bekas Ketua Cabang PKR Batu Pahat.

Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 2:59pm
d