mutakhir

Tiga sudah menghadap Sultan Nazrin [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

TIGA pemimpin negeri tiba untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

Ketiga-tiga pemimpin berkenaan Pesuruhjaya PAS Razman Zakaria, tiba pada 2.25 petang, diikuti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad pada jam 2.35 petang.

Selang 10 minit kemudian Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula tiba memasuki perkarangan istana.

Seramai tujuh bekas ahli EXCO lagi dijangka menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 5 petang.

Antaranya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin; Datuk Asmuni Awi; Dr Abdul Aziz Bari; Howard Lee Chuan How, Tan Kar Hing, Wong May Ing, dan A Sivanesan.

  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu |
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 3:24pm
    d