mutakhir

Solat Jumaat diteruskan di Wilayah Persekutuan

Oleh BERNAMA

SOLAT Jumaat di Wilayah Persekutuan, hari ini diteruskan dengan mematuhi garis panduan pengurusan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Solat Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan dengan mematuhi garis panduan iaitu khutbah dipendekkan dan orang ramai berwuduk di rumah.

“Mereka yang ada simptom Covid-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zulkifli berkata, pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman (hand sanitiser) serta penutup mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

Disiarkan pada: March 13, 2020 @ 1:43pm
d