mutakhir

Tidur yang cukup penting bagi mengekalkan badan yang sihat.

MESKIPUN dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang.

Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan kepada banyak risiko penyakit. Memahami permasalahan ini, peneraju trend dalam dunia perabot dan gaya hidup, Rozel Corporation Sdn Bhd (Rozel) kini mengembangkan lagi sayapnya dengan memperkenalkan koleksi tilam mewah yang pertama dan terbaik di bawah jenama Rozel Maxiflex.

Rozel Maxiflex direka khas untuk memberikan pengalaman tidur yang mewah. Ia berfungsi menyokong badan anda dengan cara yang paling selesa, sihat dan mengikut anatomi untuk tidur yang lebih lena dan sempurna.

Seperti setiap produk tempat tidur baharu, terdapat tempoh penyesuaian di mana badan pada mulanya akan merasakan tilam ini pejal dan padat, tetapi lama-kelamaan anda akan mula berasa keselesaan dan kemewahan yang lebih optimal semasa tidur menggunakan tilam Rozel Maxiflex.

Pengurus Pemasarannya, Steven Gan berkata mengapa pengguna harus memilih tilam Rozel Maxiflex, ini kerana fokus pihaknya adalah untuk menawarkan produk paling selesa dengan kualiti terbaik pada harga mampu milik di pasaran.

"Koleksi Rozel Maxiflex baharu ini dapat membantu memberikan keselesaan tidur yang sempurna, dengan mengekalkan kesan penyejukan dan menjadikannya sesuai untuk iklim tropika Malaysia.

"Rozel Maxiflex menawarkan tiga pilihan tilam berkualiti yang telah melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) teliti yang pastinya dapat memenuhi setiap keperluan pengguna," katanya yang ditemui di majlis pelancaran Rozel Maxiflex di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi mereka yang mahukan penjagaan tulang belakang, tilam Spinal Care adalah penyelesaiannya kerana ia diperbuat daripada Tencel diimport iaitu bahan kain kelas premium yang sangat selesa dengan penyerapan semula jadi dan keupayaannya untuk memberikan keselesaan yang nyaman, tanpa mengira cuaca.

Ketegangan Spring Bonnell yang berkualiti tinggi di dalamnya memastikan lagi sokongan tulang belakang.

Spinal Care didatangkan dengan daya tahan yang lebih baik dan memberi keselesasan tidur sempurna.

Manakala serat kelapa yang digunakan memastikan pengudaraan yang baik dengan pengaliran udara keluar masuk yang maksimum sepanjang malam untuk tidur yang lebih nyaman dan lena.

Selain itu, jenis Royal Crown pula diperbuat daripada kapas organik premium, bahan-bahan semula jadi tanpa toksik dan bebas daripada bahan kimia berbahaya dan bahan sintetik.

Busa Memori Gel dalamnya menghasilkan pengudaraan lebih baik untuk mengeluarkan haba dari badan dengan lebih berkesan.

Spring Poket yang ada membantu menyesuaikan tilam dengan gaya tidur anda, meningkatkan keselesaan dengan mengurangkan titik tekanan sambil memberikan sokongan tubuh badan yang baik.

Seterusnya, jenis Legacy iaitu tilam yang berada dalam kelas harga paling premium ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, manfaat daripada penghasilannya yang teliti dan halus.

Tilam Legacy diperbuat menggunakan fabrik Lyocell Vital, kain mewah dengan permukaan yang licin, bernafas dan lembut serta 100 peratus getah asli dikenali sebagai tahan lama, mesra alam, antimikrob dan hipoalergenik.

Manakala, Spring Poketnya boleh membuat pelarasan yang berbeza-beza untuk penyesuaian tilam dengan posisi dan gaya tidur anda, meningkatkan keselesaan dengan mengurangkan titik tekanan sambil memberikan sokongan postur badan yang baik.

Steven berkata, sempena pelancaran Rozel Maxiflex ini pihaknya menawarkan diskaun 35 peratus bagi semua jenis tilam.

"Untuk jenis Spinal Care harga dipasaran adalah RM3,990 namun selepas diskaun harganya hanya RM2,590.

"Royal Crown pula dijual pada harga RM4,590 berbanding harga asal RM6,990 dan seterusnya tilam Legacy hanya RM7,735 berbanding RM11,900 sebelum diskaun.

"Harga promosi ini sah bagi tempoh sebulan saja yang bermula 11 Mac 2020," katanya.

Beliau berkata, untuk memudahkan orang ramai memiliki tilam Rozel Maxiflex, pihaknya juga menyediakan kemudahan pembayaran secara ansurans selama 24 bulan tanpa faedah.

"Jadikan tidur anda sebagai keutamaan untuk mengekalkan kesihatan pada tahap lebih baik dan Rozel Maxiflex adalah penyelesaiannya," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian lengkap Rozel, boleh layari www.rozel.com.my atau kunjungi FB (RozelMY) dan IG (Rozel Malaysia).

Disiarkan pada: March 14, 2020 @ 9:52am
d