mutakhir

Dicekup bersama dadah RM86,500

Oleh Essa Abu Yamin

PEMERIKSAAN polis ke atas sebuah kereta yang mencurigakan di kawasan parkir di Jalan Tan Swee Hoe, Batu Pahat, semalam berjaya merampas dadah bernilai RM86,500.

Turut ditahan dua lelaki dan merampas syabu seberat 2.7 kilogram serta ganja seberat 1.9 kilogram.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor memeriksa kereta Proton Satria yang dinaiki kedua suspek kira-kira 3.30 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 22 dan 24 tahun dan tidak menolak mereka adalah pengedar dadah.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 20 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu lain yang mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah membabitkan dua suspek berkenaan.

Disiarkan pada: March 14, 2020 @ 5:15pm
d