mutakhir

Rutin santuni rakyat

Oleh Mohd Rashidi Yusuf

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengambil peluang untuk menyantuni rakyat sempena program Temujanji Rakyat di Pasar Sabtu di Lenggong, hari ini.

Ia adalah antara program rutin beliau sejak memegang jawatan Ahli Parlimen Lenggong, dan pertama kali sejak dilantik sebagai menteri penuh.

Shamsul Anuar berkata, orang ramai yang datang membeli barangan keperluan harian di kawasan itu turut mengambil kesempatan untuk bertemu dengannya untuk membangkitkan pelbagai isu tempatan.

“Program ini adalah rutin saya dan sebagai wakil rakyat, kita mesti terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat walau apa keadaan sekali pun kerana ia adalah amanah.

“Selain di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, saya juga menggunakan van sebagai pejabat bergerak untuk bertemu rakyat,” katanya ketika ditemui di dalam van bergeraknya di Lenggong, hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu memulakan tugasnya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 11 Mac lalu.

Disiarkan pada: March 14, 2020 @ 6:28pm
d