mutakhir

MB ucap takziah

Oleh Mohamed Farid Noh

MENTERI Besar, Datuk Hasni Mohammad mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa insiden kebakaran dan letupan di Komplek Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi.

Hasni berkata, Petronas mengambil inisiatif untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas tragedi itu.

“Saya diberi taklimat oleh Petronas bahawa keadaan di Komplek Bersepadu Pengerang sekarang terkawal.

“Saya yakin Petronas sebagai sebuah syarikat multi-nasional yang disegani akan mengambil langkah yang seharusnya bagi mengawal insiden ini, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sudah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Hasni turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berwajib atas tindak balas yang cepat dan cekap dalam menangani tragedi berkenaan.

Lima ditemukan mati rentung dalam insiden itu, manakala dua lagi dilaporkan parah dengan mengalami kesan melecur antara 40 hingga 70 peratus.

Berita berkaitan

  • Letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang: 4 rentung, 1 parah
  • Identiti 4 mangsa rentung dikenal pasti
  • Sultan Johor ucap takziah
  • Cermin tingkap rumah bergegar
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 6:24pm
    d