mutakhir

Kenalan pengasuh maut dibunuh ditahan

Oleh Nor Farhani Che

SEORANG lagi kenalan lelaki kepada pengasuh wanita yang ditemui mati dibunuh di Taman Sutera Idaman di sini, 8 Mac lalu ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 40-an ditahan di sekitar Sungai Petani, jam 2 pagi.

“Suspek direman sehingga 24 Mac ini bagi membantu siasatan kes ini.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada kenyataan.

Beliau berkata, suspek pertama iaitu lelaki berusia 58 tahun disambung reman sehingga 22 Mac ini.

Sebelum ini, media melaporkan, mayat pengasuh kanak-kanak, Haziah Yeap Osman, 58, ditemui di rumahnya dengan keadaan tangan terikat di belakang menggunakan wayar pengecas telefon dan mulut ditutup dengan kain.

Kejadian disedari bapa anak asuhannya selepas wanita itu tidak menyahut panggilan lelaki berkenaan ketika menghantar anaknya ke rumah mangsa.

Disiarkan pada: March 18, 2020 @ 3:11pm
d