mutakhir

Lagi bantuan diterima dari China

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

NEGARA terus dibantu dalam menangani penularan wabak Covid-19 dengan terbaharu menerima 100,000 topeng muka dan hidung.

Sumbangan itu daripada Persatuan Pembangunan Ekonomi China-Asia (CAEDA).

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkongsi berita mengenai pemberian itu yang dimaklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke China Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

“Alhamdulillah, more good news! (lagi berita baik). Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Raja Nushirwan menerusi hubungan akrab Malaysia dan hasil usaha perwakilan Malaysia di sana, kita berjaya dapatkan 100,000 facemask (topeng hidung dan mulut) daripada Presiden CAEDA yang cukup prihatin terhadap Malaysia.

“Terima kasih Raja Nushirwan dan Kedutaan Malaysia di China atas usaha ini! Dan terima kasih juga kepada AirAsia kerana saya difahamkan AirAsia sukarela menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma.

“Insya Allah, 100,000 facemask ini akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak Covid-19,” katanya yang memuat naik di Facebook (FB) miliknya.

Semalam, Hishammuddin berkongsi mengenai bantuan peralatan dan ubatan oleh Kerajaan China yang diserahkan kepada Hospital Sungai Buloh.

Malaysia kini memasuki hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan sejak diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 9:38am
    d