mutakhir

Pemuda disyaki dibaham buaya

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

SEORANG lelaki dilaporkan hilang selepas disyaki disambar buaya di Sungai Kinabatangan berdekatan Tanjung Bulat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20 tahun itu dilaporkan disambar reptilia itu ketika menangkap ikan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi.

Menurutnya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, anggota menjalankan SAR dengan kaedah pencarian serta pemerhatian di permukaan air.

“Pencarian dilakukan sehingga ke kawasan sejauh lima kilometer dari lokasi mangsa hilang namun sehingga jam 6.116 petang masih gagal menemui lelaki itu.

“SAR ditangguhkan dan akan disambung pada pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 9:56pm
d