mutakhir

Mayat pemancing ditemukan

Oleh Hazsyah Abdup Rahman

MAYAT pemuda disambar buaya di Sungai Kinabatangan, dekat Tanjung Bulat, ditemukan pagi tadi.

Mayat Zukkifli Azmi, 23, ditemukan terapung berdekatan kawasan mangsa dilaporkan disambar buaya kira-kira jam 9.09 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

Mangsa dilaporkan disambar buaya kira-kira jam 11 pagi, semalam, ketika menangkap ikan di Sungai Kinabatangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20 tahun itu dilaporkan disambar reptilia itu ketika menangkap ikan.

Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 2:10pm
d