mutakhir

Platform kongsi maklumat ekonomi ketika Covid-19

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

KERAJAAN menubuhkan platform khusus untuk orang ramai berkongsi maklum balas bagi menstabil dan mengukuhkan ekonomi negara ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, platform khusus itu diwujudkan hasil daripada mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 16 Mac lalu.

“Mulai hari ini, orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat EAC melalui laman web www.mea.gov.my/ms/ekonomikita.

“Maklum balas yang dikemukakan akan diperinci untuk dijadikan input kepada mesyuarat EAC yang diadakan pada setiap minggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan menubuhkan EAC sebagai langkah segera menangani cabaran ekonomi negara yang tidak menentu berikutan penurunan harga minyak dan impak Covid-19.

Mesyuarat EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bersidang setiap Isnin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 3:06pm
    d