mutakhir

Tutup sempadan Sarawak-Kalimantan

Oleh Melvin Joni

SEMPADAN Sarawak dan Kalimantan, Indonesia perlu ditutup sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan drastik itu perlu diambil kerana situasi penularan pandemik berkenaan sangat tidak menentu.

“Polis dan tentera bukan sahaja perlu meningkatkan bilangan anggota tetapi harus memastikan tiada warga kedua-dua negara masuk dan keluar melalui sempadan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, jarak sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan Barat, Tengah dan Utara adalah sepanjang 1,100 kilometer.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata polis dan tentera juga perlu menutup sempadan antara Sabah dan Kalimantan Utara sepanjang 700 kilometer.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 5:01pm
    d