mutakhir

Kertas siasatan doktor ingkar siap

Oleh BERNAMA

POLIS sudah melengkapkan kertas siasatan kes doktor sebuah klinik swasta yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan tetap mahu bersenam di Taman Bandaraya, Georgetown pada Khamis, walaupun penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memintanya beredar dari situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kertas siasatan membabitkan lelaki berusia 60-an itu akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya esok untuk tindakan selanjutnya.

“Kami merekodkan keterangan lelaki dan penguat kuasa MBPP yang terbabit dalam insiden itu. Kes disiasat menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 7(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 7:07pm
    d