mutakhir

Covid19- Khidmat Domino's Pizza 'sifar kontak'

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

BAGI memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal khususnya dalam perkhidmatan penyediaan makanan, Domino’s Pizza melaksanakan penghantaran ‘sifar kontak’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsul Amree berkata, inisiatif itu bermula sejak semalam antara lain bagi mendahului mandat 100 peratus tanpa kontak antara pelanggan dan penghantar makanan.

Menurutnya, jarak sosial ini penting dan berkesan untuk memerangi penyebaran Covid-19 dan percaya langkah itu dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

“Ini mencerminkan komitmen kami demi kesejahteraan pelanggan dan pekerja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Selain itu, Shamsul berkata, semua transaksi jenama itu akan dilakukan melalui pembayaran tanpa tunai bagi meminimumkan sentuhan dan pelanggan boleh membuat pesanan menerusi

www.dominos.com.my atau aplikasi mudah alih.

Katanya, syarikat itu sudah memberi latihan terperinci serta pemindahan pengetahuan kepada pasukan untuk melaksanakan penghantaran ‘Sifar Kontak’.

“Ini tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan amanah agar rakyat Malaysia kekal selamat dan kami akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 7:09pm
    d