mutakhir

30 jemaah tabligh Sarawak dicari

Oleh Mohd Roji Kawi

POLIS Sarawak giat mengesan 30 jemaah tabligh di Sarawak yang menghadiri program ijtimak di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur untuk membuat saringan koronavirus baharu (Covid-19).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, seramai 477 rakyat negeri ini disahkan menyertai program berkenaan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Beliau berkata, setakat ini seramai 447 jemaah sudah berjaya dikesan dan 427 daripadanya sudah menjalani proses kuarantin.

“Seramai 26 daripada jemaah itu disahkan positif Covid-19, 297 orang disahkan negatif, manakala 104 lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Semua 477 jemaah tabligh itu adalah rakyat tempatan berasal dari Sarawak,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sehubungan itu, Aidi berkata, polis meminta 30 lagi jemaah tabligh Sarawak itu supaya tampil sebelum pihak berkuasa mengambil mereka.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 2:41pm
    d