mutakhir

Dua beradik ditemui lemas

Oleh Zuliaty Zulkiffli

DUA beradik lelaki ditemui lemas di Sungai Tunjang, Jitra, hari ini.

Mayat Awwal Firas Tasnim Anwar, 7, ditemui terapung oleh orang awam pada 12 tengah hari, manakala mayat abangnya, Aiman Darwisy Danish, 12, ditemui pada 2.30 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk meminta bantuan pada 2.41 petang.

Katanya, operasi disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui orang awam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 5:05pm
d