mutakhir

Toyota Alphard langgar sekatan PKP kenderaan curi

Oleh Ramli Ibrahim

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang digunakan membawa pendatang tanpa izin (Pati) yang tidak berhenti di sekatan jalan raya di Kampung Panggong Lalat, dekat Gua Musang semalam dipercayai dicuri.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang dan dipercayai dicuri di Kota Bharu.

Katanya, nombor pendaftaran yang digunakan pada kenderaan itu juga palsu dan menggunakan nombor daripada sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 Z.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut nombor pendaftaran kenderaan terletak pada cermin hadapan sebelah kiri Toyota Alphard adalah lain.

“Kita semak rekod kehilangan kenderaan terbabit yang di laporkan hilang berkait Melor/Rpt/327/20, Sek 379A KK,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila kenderaan itu tidak berhenti untuk pemeriksaan di sekatan jalan raya di Kampung Panggong Lalat.

Kenderaan terbabit yang dalam perjalanan dari Kuala Betis menghala Ke Gua Musang memecut laju dan diarah berhenti di sekatan itu tetapi tidak berbuat demikian.

  • Langgar sekatan PKP, polis lepaskan tembakan
  • Disiarkan pada: March 25, 2020 @ 3:00pm
    d