mutakhir

Petugas kesihatan, anda wira kami

Oleh BERNAMA

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan di barisan hadapan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik Covid-19.

Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau berkata, apa yang lebih penting ialah petugas ini merupakan kelompok barisan pertahanan terakhir negara dan “harapan negara kini disandarkan ke bahu kita.”

“Sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kita untuk meneraju perjuangan ini dan melakukan yang terbaik demi Raja dan negara,” katanya.

Kepada orang ramai, Dr Noor Hisham berkata, setiap orang boleh membantu untuk memenangi perjuangan ini dengan berada di rumah dan membantu dalam memutuskan rantaian penularan Covid-19, mengamalkan jarakan sosial dan kerap membasuh tangan.

“Kementerian Kesihatan akan meneruskan strategi kita dalam mengesan kes-kes aktif, cari, buat ujian, asingkan, dan rawat semua yang dijangkiti serta mengambil segala langkah-langkah kesihatan awam yang perlu di samping meningkatkan penjagaan kesihatan sedia ada.

“Mari kita lakukannya bersama, demi negara kita,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 25, 2020 @ 5:47pm
    d