mutakhir

Belum ada keputusan solat tarawih berjemaah

Oleh Samadi Ahmad

KERAJAAN belum memberi ketetapan sama ada solat tarawih berjemaah pada Ramadan ini dibenarkan di surau dan masjid sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu sedang dibincangkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Walaupun begitu Zulkifli menegaskan jika wabak itu dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal, satu arahan baru akan dikeluarkan.

“Kita memohon perlindungan daripada Allah dan dengan kerjasama rakyat yang berdedikasi serta mematuhi PKP agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Khas Penyelarasan Musaadah Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 12:59pm
    d