mutakhir

KKMM sangkal tiga berita palsu

Oleh Suraya Roslan

PASUKAN Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyangkal tiga berita palsu yang tular di media sosial.

Antara berita palsu berkenaan ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pembelian barangan keperluan harian bagi musim Covid-19.

Selain itu, berita palsu kedua mengenai Hospital Kluang dikatakan menggunakan fasiliti hospital lama bagi menempatkan pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Kluang yang baru.

Kenyataan sama turut menyertakan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor menafikan keadaan wabak Covid-19 di Kuala Selangor semakin parah seperti didakwa oleh satu kenyataan dikeluarkan di mukim Tanjong Karang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 1:24pm
    d