mutakhir

Tiga lelaki ditahan curi kenderaan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

POLIS menahan tiga lelaki selepas dipercayai terbabit dalam dalam jenayah curi kenderaan di sekitar Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tangkapan pertama kira-kira 2 petang dibuat sepasukan polis Balai Rawang ke atas seorang lelaki di kawasan stor berhampiran Flat Rawang Putra ketika sedang meleraikan komponen motosikal.

“Soal siasat kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki di kawasan Persiaran 1, Bandar Baru Rawang.

“Susulan maklumat daripada suspek kemudian menemui dua kereta dan sebuah motosikal yang dibuang di kawasan semak berhampiran Flat Rawang Putra,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, semakan lanjut juga mendapati dua daripada suspek memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 29 tahun itu kini direman empat hari sehingga Isnin depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

Disiarkan pada: March 27, 2020 @ 7:36pm
d