mutakhir

Agih 3,000 bantuan

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

SERAMAI 3,000 penduduk dan petugas baris hadapan Parlimen Tanjong Karang menarik nafas lega apabila menerima bantuan barangan keperluan dapur susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu mula diagihkan sejak Khamis lalu.

Menurut Noh, barangan keperluan dapur yang disalurkan kepada penduduk yang memerlukan bertujuan meringankan beban mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap sepanjang tempoh PKP.

“Bantuan ini saya salurkan tanpa mengira fahaman politik dan kaum. Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan sedikit beban rakyat,” katanya menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Facebook.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaannya kepada petugas baris badapan yang komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Terima kasih juga kepada petugas baris hadapan yang berkerja tanpa mengira waktu.

“Anda semua hero negara dan rakyat,” katanya.

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 3:10pm
d