mutakhir

Lembah Pantai paling tinggi positif Covid-19 [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SEBANYAK 15 daerah dikategorikan zon merah atau bahaya selepas mencatatkan kes jangkitan Covid-19 melebihi 40 kes.

Statistik setakat jam 12 tengah hari semalam yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan Lembah Pantai, Petaling dan Hulu Langat mempunyai kes paling tinggi.

Lembah Pantai merekodkan 218 kes manakala Petaling (209), Hulu Langat (206), Seremban (101), Kluang (97), Johor Bahru (87), Kuching (72), Kota Bharu (68), Kinta (66), Gombak (57), Tawau (57), Hilir Perak (53), Klang (51), Titiwangsa (51) dan Kepong (50).

Selain itu, sembilan daerah dalam kategori zon kuning pula ialah Batu Pahat dan Lahad Datu masing-masing 34 kes, Kota Kinabalu (30), Seberang Perai Tengah (30), Kuala Muda (29), Rembau (26), Timur Laut (26), Cheras (25) dan Kota Setar (22).

Bagaimanapun, terdapat 35 daerah termasuk di Sabah dan Sarawak yang masih bebas jangkitan Covid-19 apabila tidak mencatatkan sebarang kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 29, 2020 @ 1:53pm
    d