mutakhir

Wanita hina polis disambung reman [METROTV]

Oleh Zuliaty Zulkiffli

WANITA yang ditahan kerana menghina dan mengeluarkan kata-kata jelik terhadap polis di media sosial disambung reman hari ini untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, suspek disambung reman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Ini adalah kes ketiga dijalankan JSJK Kedah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Noorhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, wanita berusia 20 tahun itu ditahan polis pada 11.30 malam selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ditahan di rumahnya di kawasan Pendang.

Dia dikatakan marah selepas polis menasihatinya supaya pulang ke rumah ketika anggota terbabit sedang bertugas melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, pada 9 malam Jumaat lalu.

Berita berkaitan

'Wanita muat naik status hina polis ditahan [METROTV]'

Disiarkan pada: March 29, 2020 @ 1:57pm
d