mutakhir

Naza Group sumbang dana Covid-19

Oleh Lizam Ridzuan

SEBAGAI menyokong usaha pelbagai pihak dari seluruh negara dalam mengawal penularan wabak virus Covid-19, Kumpulan Naza tidak terkecuali bagi tujuan itu.

Sumbangan sebanyak RM1.25 juta diberikan untuk Dana Covid-19 Kerajaan yang diserahkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Nasarudin berkata sumbangan itu diharapkan dapat membantu dalam mengurangkan bebanan kewangan buat mereka yang terkesan dengan wabak yang kini terdapat di seluruh dunia itu.

“Kami juga mengucapkan terima kasih buat barisan hadapan yang terdiri daripada petugas dan pengawai perubatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta semua agensi yang terlibat dalam mengekalkan situasi selamat dan terkawal di negara ini, “ katanya dalam satu kenyataan media petang tadi.

Selain sumbangan kewangan, Kumpulan Naza juga akan melihat sudut perniagaan mereka yang boleh dimanfaatkan untuk membantu Kementerian Kesihatan.

“Krisis sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini, jadi sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersama-sama mengatasi segala kesukaran dalam menangangi Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 30, 2020 @ 6:18pm
    d