mutakhir

Coway edar kit 'Stay Safe' untuk pelanggan Grab Food

Oleh Mahaizura Abd Malik

COWAY Malaysia mengedarkan 10,000 kit ‘Stay Safe’ mengandungi penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman kepada pelanggan Grab Food bermula kelmarin hingga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengarah Urusannya, Kyle Choi Ki Ryong berkata, inisiatif terbabit sebagai program tanggungjawab sosial syarikat itu bagi mengurangkan kadar jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kami menyeru rakyat Malaysia berada di rumah masing-masing, berwaspada dan kekal sihat.

“Sebab itu, kami bawakan penutup mulut dan hidung serta pembasmi kuman di depan pintu rumah anda melalui penghantaran Grab Food,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, berbekalkan pengalaman global dalam misi menyediakan persekitaran sihat, sumbangan berkenaan sebahagian usaha menghalang penularan jangkitan virus berkenaan.

“Cara terbaik untuk menangani situasi Covid-19 sekarang adalah mengelak daripada terdedah dengan virus itu.

“Justeru, kami mengambil usaha serius bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk mempromosikan piawaian tertinggi amalan kebersihan diri dalam kalangan pengguna Malaysia sepanjang krisis ini.

“Kami komited menyokong kerajaan dalam usaha memerangi wabak ini sehingga ke akhirnya,” katanya.

Katanya, pengedaran percuma kit ‘Stay Safe’ membabitkan cawangan tertentu Grab Food di sekitar Lembah Klang.

“Kit ‘Stay Safe’ tersedia untuk setiap pelanggan yang membuat pesanan penghataran makanan di Salad Atelier Cafe cawangan Sunway Pyramid, KL Eco City, Paradigm Mall, Intermark, The Weld, My Burger Lab cawangan Sunway, Seapark, Bangsar, OUG, Cyberjaya dan MyTown Cheras.

“Ia tertakluk kepada siapa cepat dan selagi stok masih ada,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 30, 2020 @ 8:44pm
    d