mutakhir

'Terima kasih orang Melaka...'

Oleh Nazri Abu Bakar

SYARIKAT Air Melaka Berhad (SAMB) merakam penghargaan di atas kerjasama serta keprihatinan semua lapisan penduduk terbabit secara langsung dan tidak langsung sepanjang Program Bekalan Air Berjadual bermula sejak 29 Januari lalu dan berakhir hari ini.

SAMB dalam kenyataan di Melaka menjelaskan, bekalan air mula diterima mulai 10 pagi hari ini secara berperingkat.

“Kesabaran dan kesungguhan semua pihak dalam mengharungi segala kesulitan amatlah kami hargai.

“Teruskan penjimatan air dan menyokong kami. Terima kasih semua. Maaf segala kesulitan dihadapi sepanjang program berlangsung,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali sebelum ini berkata, catuan air di Zon Satu di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin sejak 29 Januari lalu dan catuan di Zon Dua di kawasan tertentu dalam daerah Alor Gajah dimulakan sejak 10 Mac lalu ditamatkan hari ini.

Menurutnya , langkah berkenaan akan memberi manfaat kepada 80 peratus atau 735,221 isi rumah termasuk kawasan perindustrian dan perhotelan.

Disiarkan pada: April 1, 2020 @ 3:11pm
d