mutakhir

JKNT nafi kenyataan tular

Oleh Zaid Salim

JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai yang pernah mengunjungi premis yang disenaraikan pada tarikh tertentu pergi ke hospital atau klinik berdekatan untuk membuat ujian saringan Covid-19.

Kenyataan yang tular melalui aplikasi WhatsApp itu mendakwa ia membabitkan kawasan daerah Marang dan Kuala Terengganu.

Ia memaparkan nama tujuh premis iaitu kedai runcit Sungai Kerak, Stesen Minyak Shell Rhu Rendang, Pasaraya Xiri dan Pasaraya Wahab Kadir di Marang, Mydin Mall dan Sabasun Hyperuncit di Kuala Terengganu dan Mydin Mall Gong Badak di Kuala Nerus.

Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kenyataan yang kononnya daripada jabatan berkenaan adalah palsu dan meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar yangboleh menimbulkankegusaran di kalangan masyarakat.

“Pihak jabatan juga ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa mematuhi Perintah KawalanPegerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau juga menasihatkan orang awam mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan, mengamalkan etika batuk yang betul.

“Orang ramai juga dinasihatkan mengamalkan penjarakkan sosial (distancing social) dan mengelakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala,” katanya.

Disiarkan pada: April 1, 2020 @ 7:35pm
d