mutakhir

Kedutaan China sumbang penutup hidung dan mulut [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KEDUTAAN Besar China di Malaysia menyumbangkan 800 penutup hidung dan mulut kepada warga kerja Harian Metro.

Ketua Seksyen Komunikasi dan Media Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Tang berkata, Harian Metro antara agensi media yang berperanan penting bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

“Bagi menghargai pengamal media yang bertugas di agensi media, kedutaan China menyumbangkan topeng penutup mulut dan hidung kepada agensi media.

“Setakat ini 10 agensi media tempatan sudah diagihkan dengan topeng penutup hidung dan mulut,” katanya ketika ditemui di Kedutaan China, di Kuala Lumpur, hari ini.

Tang menyerahkan sumbangan penutup hidung dan mulut kepada wakil Harian Metro, Hafidzul Hilmi Mohd Noor di pejabatnya.

Menurutnya, pengamal media juga barisan hadapan dan berdepan risiko ketika berada di lapangan.

“Pengamal media memainkan peranan penting memberikan maklumat dan mampu membuat masyarakat tenang ketika berdepan krisis sebegini.

“Diharap dengan sumbangan ini pengamal media akan terus bersemangat menyampaikan maklumat berkenaan wabak Covid-19 kepada masyarakat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 1:56pm
    d