mutakhir

Melaka rombak semula ketua jabatan

Oleh Amir Mamat

KERAJAAN negeri Melaka melakukan rombakan besar-besaran ketua jabatan di negeri ini, susulan pembentukan kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) awal bulan lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, berkata pelantikan yang berkuat kuasa semalam, menyaksikan sebahagian besar daripada mereka dilantik semula ke jawatan pernah disandang sebelum ini.

“Pengalaman mereka membangunkan sesebuah jabatan serta agensi itu akan digunakan menerusi pelantikan semula mereka ke jawatan itu,” katanya.

Dalam rombakan berkenaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Seri Abd Jalil Hamid antara yang dilantik sebagai ‘jentera’ kerajaan negeri membangunkan Melaka.

Beliau dilantik sebagai CEO Melakakini, agensi berita rasmi kerajaan negeri.

Datuk Zainal Abu dilantik semula sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diikuti Mohd Fadhil Hassan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datin Sapiah Haron (YDP Majlis Perbandaran Jasin) dan Shadan Othman (YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya).

Bagi ketua Badan Berkanun Negeri pula, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridhwan Mohd Ali dilantik sebagai CEO Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) , manakala Mohd Nasruddin Rahman kekal sebagai Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) .

Datuk Azmi Hussain dilantik semula sebagai CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), sementara bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah dilantik sebagai CEO Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Perbadanan Bioteknologi Melaka.

Mohd Salleh Hamidom dilantik Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Datuk Yusof Jantan (Pengurus Besar Yayasan Melaka), Muhammad Ikram Ibrahim (Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka).

Kerajaan negeri turut bersetuju melantik Abd Rashid Abd Rahman sebagai CEO Syarikat Air Melaka Berhad selain mengekalkan Abu Bakar Jani sebagai Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd.

Bekas Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam, Datuk Abu Bakar Abdul dilantik Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, manakala Datuk Ariff Shah Abdullah Sani dilantik semula sebagai CEO Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Turut dilantik, Datuk Mashitah Ismail (Pengurus Besar Amanah Finance House Berhad), Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora (Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka), Amir Ali (CEO Melaka Halal Hub Sdn Bhd, Muhammad Muhaimin Low Abdullah (CEO Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd), Datuk Ibrahim Fadzil (CEO Pusat Zakat Melaka) dan Ainshah Othman (Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd).

Salleh Jusman (CEO Kumpulan Melaka Berhad), Norita Jantan (Ketua Pegawai Operasi Institut Tun Perak yang akan digabungkan dengan Institut Pengurusan dan Integriti Melaka), Datuk Wira Radhuana Salleh (CEO Hospital Pakar Putra Melaka), Akmal Abdul Manap (CEO Melaka International College Of Science And Technology), Firdaus Saedin (CEOMelaka ICT Holdings Sdn Bhd); Fasarul Md Isa (Pengurus Besar Pusat Boling Antarabangsa Melaka), Datuk Salleh Md Dom (Pengurus Besar Pusat Transformasi Bandar), Nurman Mohd Baroldin (Pengurus Besar Institut Warisan Melaka ), Khairulazni Baharuddin (Pengurus MAIM Bentara Sdn Bhd), Rahim Yunos (Pengurus BesarMAIM Holdings Berhad ) Rohazam Bakar (Pengurus MAIM Bentara Security SdnBhd) dan Shahfulrizal A Bakar (Pengurus MAIM Industries Sdn Bhd).

Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 5:19pm
d