mutakhir

TNB sumbang RM1 juta

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

KERAJAAN Kelantan menerima sumbangan RM1 juta dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Bantuan Covid-19 Negeri Kelantan.

Menurut maklumat yang dimuat naik di Facebook milik Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, bantuan berkenaan akan disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Katanya, ia akan digunakan untuk membeli keperluan barangan serta peralatan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Penyerahan sumbangan itu diadakan sejurus beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 6:14pm
    d